Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Pembangunan Perisian
Pembangunan Perisian
Rekod hasil kerja yang cemerlang dan penekanan kepada ketelitian menjadikan Tepak Harapan Enterprise pakar dalam reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan sistem berasaskan web yang mantap, terjamin dan fleksibel; direka khas bagi memenuhi objektif perniagaan anda. Sama ada anda memperkemas operasi, meningkatkan penglibatan pelanggan, atau melebar-luaskan capaian, penyelesaian khusus kami dibangun untuk memberikan prestasi terbaik.
Pembangun Perisian Malaysia
Pembangunan perisian ialah proses mereka bentuk, pengekodan, menguji, dan menyelenggara aplikasi atau sistem dengan tujuan menyelesaikan masalah tertentu atau menambahbaik operasi.
Bagi tujuan mengoptimumkan aliran kerja, mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, atau melancarkan penyelesaian inovatif, perisian yang tepat boleh memberikan impak yang ketara kepada perniagaan anda.
Penyelesaian yang direka khas untuk anda
Tawaran kami
Daripada sektor pembuatan dan pendidikan hinggalah perniagaan dan perkhidmatan kerajaan, Tepak Harapan Enterprise mengubah cabaran menjadi peluang melalui solusi perisian pintar dan boleh dipercayai.
Aplikasi Perniagaan Dibina Khas
Dibina mengikut cara kerja anda, bukan sebaliknya.
Integrasi Sistem
Hubungkan sistem dan platform anda untuk memastikan aliran kerja yang lebih lancar.
Automasi Proses
Jimat masa dan kurangkan ralat dengan automasi.
Sistem Berasaskan Web
Capai aplikasi anda bila-bila masa, di mana sahaja.
Aset Strategik
Menyokong Keputusan yang Lebih Bijak, akses kepada data dan analitik secara langsung, membantu anda membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas dan tepat.
Meningkatkan Kecekapan, mengautomasi tugas berulang, mengurangkan kesilapan, dan menjimatkan masa; membolehkan pasukan anda memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting.
Memperbaiki Pengalaman Pelanggan, membolehkan anda memberikan perkhidmatan yang terbaik dan lebih lancar, memastikan pelanggan gembira dan setia.
Sangat Fleksibel, berupaya berkembang bersama perniagaan anda.
Tiada Ciri Tidak Digunakan, lebih fokus, dan mudah digunakan.
Kawalan Penuh, memberikan anda kawalan sepenuhnya ke atas kemas kini, keselamatan, dan integrasi.


Jom mula
Proses kami
Tempoh projek adalah antara 2 minggu hingga 3 bulan, bergantung pada jenis dan skop projek.
Perundingan
Memahami matlamat dan tujuan anda untuk mentakrif dan mereka bentuk projek.
Cadangan
Cadangan susun atur dan reka bentuk setelah kelulusan bajet dan bayaran deposit.
Pembangunan
Merealisasikan idea anda menggunakan teknologi terkini.
Pengujian
Mengesahkan ciri, dan memastikan keselamatan & kebolehgunaan.
Penyerahan Projek
Projek siap, diterima, dan dilancarkan!

