Perkhidmatan Ditawarkan
Perkhidmatan Sokongan
Perkhidmatan Sokongan
Tepak Harapan Enterprise menyediakan khidmat sokongan laman web dan sistem bagi memastikan semuanya berjalan lancar, selamat dan sentiasa dikemaskini. Dari penyelenggaraan berkala hingga kemas kini kandungan dan sandaran, perkhidmatan kami membantu memastikan kehadiran anda di dunia digital kekal segar, relevan dan seiring dengan matlamat perniagaan anda.
Ketenangan Fikiran
Biar kami uruskan
Dengan perkhidmatan sokongan yang dipercayai, kehadiran digital anda terus stabil, selamat dan lancar agar anda dapat memberi tumpuan kepada pengembangan perniagaan anda.
Memastikan Kelancaran Operasi
Dari semasa ke semasa, laman web dan sistem berisiko mengalami gangguan teknikal seperti broken link, prestasi capaian menurun atau isu keserasian perisian. Khidmat sokongan berterusan memastikan prestasi stabil dan efisien.
Kekalkan Keselamatan
Kemas kini serta patch berkala dapat melindungi daripada ancaman siber seperti penggodaman, malware dan pencerobohan data. Perkhidmatan sokongan membantu memastikan sistem anda sentiasa selamat.
Pastikan Kandungan Relevan
Maklumat yang tidak dikemas kini boleh membuat pengunjung hilang minat. Pasukan sokongan dapat membantu mengemaskini kandungan, imej, artikel blog, acara dan banyak lagi menjadikan laman anda sentiasa segar, menarik dan relevan.
Sandaran & Pemulihan
Kesilapan boleh berlaku, begitu juga kegagalan sistem. Sandaran berkala memberikan ketenangan minda, membolehkan laman atau data anda dipulihkan dengan cepat sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Jimat Masa & Sumber
Bukan semua orang mempunyai masa atau kemahiran teknikal untuk menguruskan laman web mereka. Perkhidmatan sokongan membolehkan pemilik perniagaan fokus pada aktiviti perniagaan sementara kami kendalikan teknologi.
Elakkan Kos Gangguan Operasi yang Mahal
Laman web yang rosak atau luar talian merugikan perniagaan. Khidmat sokongan membantu mengenal pasti dan membetulkan isu sebelum ia menyebabkan masalah yang lebih besar, meminimumkan masa gangguan operasi.
Penyelenggaraan Profesional
Sokongan teknikal memastikan laman web anda sentiasa serasi dengan pelayar, peranti serta kemaskini semasa, sekali gus meningkatkan pengalaman pengunjung dan keupayaan SEO.

