Mengenai Tepak Harapan Enterprise
Tepak Harapan Enterprise
Bersatu Seiring
Bersatu Seiring
Ditubuhkan pada 2009, Tepak Harapan Enterprise (SA1020325-X) merupakan sebuah perkongsian milik penuh Bumiputera dengan lebih 16 tahun pengalaman dalam industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Fokus kami adalah penyediaan penyelesaian berasaskan web, membantu perniagaan manfaatkan kuasa teknologi untuk berkembang, berinovasi & berdaya saing.
Kisah Kami
Menyediakan solusi digital seiring dengan masa
Tepak Harapan Enterprise terdiri daripada pasukan yang mahir, cekap, dan dinamik. Dengan asas kukuh dalam bidang ICT, perkhidmatan kami merangkumi reka bentuk laman web, pembangunan sistem, pengurusan dan dokumentasi projek, latihan, serta reka bentuk grafik. Gabungan pelbagai kepakaran ini membolehkan kami memenuhi keperluan unik setiap pelanggan dan projek.
Melalui ketekunan dan kerja keras, Tepak Harapan Enterprise semakin mendapat perhatian daripada ramai pelanggan. Kami mengutamakan kualiti dalam setiap perkara yang kami lakukan serta mengamalkan pendekatan berorientasikan pelanggan dalam setiap projek yang kami jalankan.
Fokus kami, sentiasa mencipta nilai melalui penyelesaian ICT yang boleh dipercayai dan inovatif, terutamanya dalam pembangunan berasaskan web. Hari ini, perkhidmatan dan keupayaan kami terus berkembang, membantu organisasi menavigasi dunia digital dengan penuh keyakinan.
Kami bukan sekadar membangun sistem; kami membina hubungan, kepercayaan, dan hasil.
Kami bukan sekadar membangun sistem;
kami membina hubungan, kepercayaan, dan hasil.
Tahun pengalaman
Projek berjaya
Pelanggan teruja & berpuas hati
Visi & Misi
Visi Kami
Menjadi rakan IT yang dipercayai dalam memperkasa perniagaan, pelanggan, dan komuniti untuk berinovasi, berkembang, serta berjaya dalam era digital.
Misi Kami
Memberikan penyelesaian IT yang berkualiti dan berpatutan untuk membantu perniagaan beroperasi dengan lebih efisien, kekal selamat, serta berkembang dengan yakin. Matlamat kami adalah untuk membina hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan, inovasi, dan perkhidmatan pelanggan yang unggul.

Tepak Harapan merupakan dua perkataan Melayu iaitu tepak yang berasal daripada tepak sirih, dan harapan yang membawa maksud cita-cita serta pengharapan. Tepak sirih merupakan bekas tradisional yang sering digunakan dalam pelbagai majlis dan adat istiadat Melayu. Ia adalah simbol komunikasi, baik secara lisan mahupun bukan lisan serta melambangkan niat yang murni dan keikhlasan dalam setiap pertemuan.
Satu set lengkap tepak sirih mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu yang sarat dengan nilai, adab, dan tatasusila. Ia menggambarkan keseimbangan antara tradisi dan hubungan sesama manusia yang berlandaskan tingkah laku serta adab yang baik.
Justeru, harapan kami agar kita bersama-sama melangkah maju, bersatu seiring.

Hubungi kami
untuk maklumat lanjut
Hubungi kami
untuk maklumat lanjut
Ada idea projek?
Kami sedia beri anggaran yang jelas
dan berpatutan mengikut keperluan
dan kehendak anda.